Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah, akan kembali berlumba dalam Moto2 bersama pasukan Angel Nieto dalam saingan musim 2020.

Menurut satu kenyataan yang diedarkan kepada media dalam sesi Hafizh Syahrin bersama media sebentar tadi, pelumba itu akan berlumba bersama rakan sepasukan, Aron Canet, yang naik ke Moto2 selepas bertarung merebut gelaran juara Moto3 musim ini.

Pelumba berusia 25 tahun itu, yang berlumba dua musim dalam kategori MotoGP, kembali ke kategori pertengahan, di mana dia memulakan karier Grand Prixnya sebagai pelumba ‘wildcard’ pada 2011.

Pelumba kelahiran Ampang itu menjadi pelumba Grand Prix sepenuh masa pada 2014 dan berjaya menamatkan perlumbaan sebagai 10 pelumba terbaik dengan mengutip mata dan beberapa kali menaiki podium dalam tahun 2016 dan 2017.

Musim 2018 menyaksikan Hafizh naik ke MotoGP, di mana dia berlumba bersama Yamaha Tech3 Racing dan ketika ini bersama Redbull KTM Tech3.

-- BERNAMA