Selepas tiga bulan, pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya buka mulut dan mempertahankan rakan senegara, Khairul Idham Pawi yang mengambil keputusan untuk bersara daripada sukan permotoran ketika berusia 22 tahun.

Ia mengenai dakwaan Prinsipal PETRONAS Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali, yang mempersoal kenapa Khairul tidak turun menjalani latihan, tatkala Razlan berlatih motorcross dengan Fabio Quartaro dan John McPhee.

Tapi sebenarnya Khairul Idham pergi berlatih berbasikal dengan Hafizh, dan ini luahan hati Hafizh yang sekian lama terpendam.

"Saya mahu sentuh mengetahui satu isu mengenai Khairul Idham yang tidak berlatih motorcross tatkala berlatih berbasikal bersama saya," kata Hafizh.

"Bagi saya, itu merupakan perkara yang tidak profesional untuk dibangkitkan kerana ia dilihat sebagai langkah untuk mencari alasan semata-mata. Tiada pelumba yang baru sahaja mengalami kemalangan yang serius mahu kembali berlatih secara agresif terutama sekali dalam motorcross."

Hafizh turut menawarkan pandangan sebenar mengenai pasukan MotoGP Malaysia yang sepatutnya membela nasib pelumba negara.

"Ya, kita boleh mengambil pelumba luar untuk membantu pasukan negara tetapi ketiadaan pelumba tempatan, ia dilihat sebagai pasukan bukan membela pelumba negara."

Hafizh meluahkan semua itu dalam majlis pelancaran kedai gunting rambutnya, Nimroc, satu jenama francais yang terletak di Taman Dagang, Ampang.

Dengar luahan lebih panjang menerusi youtube Astro Arena.