GP Jepun: Hafizh, Adam sekadar di tangga ke-13

Oleh Staff Writer 16 Oktober 2016 1
GP Jepun: Hafizh, Adam sekadar di tangga ke-13
Penunggang pasukan Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah, sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 dalam saingan Moto2 Grand Prix (GP) Jepun di Litar Twin Ring Motegi, hari ini.

Hafizh mencatat masa 43 minit 18.245 saat dalam perlumbaan itu dan kini berada di kedudukan kelapan keseluruhan dengan mengumpul 106 mata dengan berbaki tiga lagi perlumbaan.

Perlumbaan Moto2 GP Jepun dimenangi penunggang Switzerland, Thomas Luthi, dan tempat kedua dimenangi Johann Zarco dan Franco Morbidelli ketiga.

Sementara itu, dalam saingan Moto3, Adam Norrodin juga berkedudukan ke-13 manakala Khairul Idham Pawi ke-20. 

Adam yang mewakili pasukan Drive M7 SIC Racing Team menamatkan saingan dengan catatan masa 39:37.798s manakala Khairul Idham 40:4.450s.

Juara menjadi milik Enea Bastianini manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing diraih Brad Binder dan Hiroki Ono.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Australia pada 23 Oktober, diikuti Malaysia pada 30 Oktober dan berakhir di Valencia, Sepanyol pada 13 November.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen