GP Hungary perlumbaan kegemaran Hamilton

Oleh Ammar Hakim 20 Julai 2020 62
GP Hungary perlumbaan kegemaran Hamilton
Lewis Hamilton berkemungkinan berdepan persaingan yang minimal dalam untuk menjuarai Grand Prix Hungary tetapi berpandangan ia merupakan perlumbaan kegemarannya dalam Formula Satu.

Pelumba Mercedes itu telah menukar kedudukan pertamanya yang ke-90 kepada kemenangan kelapan di Hungaroring, menyamai bilangan yang dikumpulan oleh Michael Schumacher bagi perlumbaan GP Perancis.

Hamilton bijak mendahului perlumbaan dan memiliki kelebihan tiga saat pada penghujung pusingan pertama.

Juara enam kali itu telah menguruskan penggunaan tayar dengan sebaik mungkin dan menjadikannya sebagai kelebihan sepanjang perlumbaan.

"Sejujurnya ia merupakan perlumbaan kegemaran bagi saya. Ketika saya bersaing dengan diri sendiri, ia menawarkan merupakan cabaran yang berbeza," kata Hamilton.

"Sememangnya kami bermula dengan baik, hentian yang cemerlang, strategi yang berhasil, segalanya sempurna."
  Valtteri Bottas yang memulakan perlumbaan daripada petak kedua tetapi menamatkan perlumbaa di belakang Max Verstappen selepas permulaan yang mengecewakan.

"Ia merupakan perlumbaan yang kurang baik bagi saya. Bermula di tempat kedua dengan sasaran untuk menang, tetapi saya telah kalah pada permulaan perlumbaan," kata Bottas.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen