Max Verstappen menyifatkan kemenangannya dalam perlumbaan Grand Prix Brazil semalam sebagai "sukar dipercayai".

Pelumba kelahiran Belanda itu menampilkan taktikal perlumbaan yang cemerlang untuk menghadirkan kemenangan buat pasukan Red Bull, yang ketiganya bagi musim 2019.

Dia telah bersaing dengan pelumba Mercedes, Lewis Hamilton, dan berjaya menang apabila juara dunia itu mula dipintas pelumba lain hingga menamatkan perlumbaan di tangga keenam.

"Hamilton sangat pantas, jadi saya perlu terus memberikan tekanan," kata Verstappen.

"Sepanjang perlumbaan ini melibatkan strategi. Hamilton masuk ke pit satu pusingan awal, jadi kami perlu menggunakan kelebihan itu sebaik mungkin.

"Tetapi dua langkah cemerlang yang dilakukan sepanjang perlumbaan meletakkan kami di tempat pertama dan daripada situ, saya mengawal rentak perlumbaan dengan tayar yang digunakan untuk saingan kali ini."

Selepas menamatkan saingan di tempat kedua -- di belakang Hamilton -- di Interlagos tahun ini, ia merupakan keputusan yang manis bagi Verstappen.

"Sukar untuk dipercayai. Kami berlumba sambil bergembira dan sememangnya ia sesuatu yang membanggakan kerana memenangi perlumbaan ini."