Ferrari kuasai petak hadapan Litar Suzuka 

Oleh Penulis Jemputan 13 Oktober 2019 206
Ferrari kuasai petak hadapan Litar Suzuka 
Pemandu Formula Satu (F1), Sebastian Vettel, meraih petak utama Grand Prix (GP) Jepun untuk Ferrari berada di hadapan Mercedes.

Sesi kelayakan yang dibatalkan semalam dan berlangsung pagi tadi ekoran Taufan Hagibis menyaksikan Vettel menguasai keadaan trek yang sukar itu untuk mengesahkan kedudukan hadapan.

Dalam keadaan cuaca yang cerah tetapi berangin di Litar Suzuka itu, juara dunia empat kali tersebut mencatat rekod baru 1:27.064 saat.

Ia adalah kedudukan utama pertama bintang Jerman berkenaan sejak GP Kanada untuk mendahului rakan sepasukan, Charles Leclerc.

Prestasi sensasi Ferrari -- kali kelima berturut-turut merebut petak hadapan -- menyaksikan wakil Mercedes, Valtteri Bottas, dan juara dunia, Lewis Hamilton, di petak kedua.

Ini juga kali pertama Vettel dan Ferrari memastikan petak depan di litar berkenaan sejak 2006, dengan Max Verstappen daripada pasukan Red Bull muncul pemandu kelima terpantas menjelang perlumbaan pada petang ini. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen