Bekas pemandu Ferrari, Felipe Massa, menganggap pasukan itu bergelut dalam saingan Formula Satu selepas tertekan untuk mencipta kemenangan.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel, ketinggalan di belakang Lewis Hamilton dalam persaingan kejuaraan pelumba musim ini selepas sekali lagi menempuhi tahun yang sukar.

Massa meninggalkan Ferrari pada 2013 dan menyedari tekanan yang memberikan kesan kepada pasukan, mempercayai kesukaran yang dihadapi sejak 10 tahun lalu.

"Kami memenangi kejuaraan pada 2007 tetapi selepas 2008, Ferrari mula mengalami kesukaran dan tidak pernah menang selepas itu," kata Massa.

"Selepas saya meninggalkan Ferrari pada 2013, ia merupakan perasaan yang sama seperti dihadapi ketika ini. Tekanan untuk menang dan mereka bergelut untuk mengawalnya. Ferrari bergelut untuk bertugas dengan lebih efektif.

"Saya berasakan tahun ini -- walaupun saya tidak menganggap mereka telah tewas kepada Mercedes -- mungkin disebabkan beberapa kesilapan. Ia telah membuat mereka tertekan dan gagal menampilkan persembahan yang lebih baik.

"Mercedes memenangi kejuaraan sejak empat tahun lalu. Ia amat mudah untuk bekerja apabila gelaran berada dalam genggaman, berbanding pasukan yang perlu mengelak daripada melakukan kesilapan untuk meraih kemenangan," katanya.