Sebastian Vettel daripada pasukan Ferrari melaungkan amaran awal selaku pencabar kejuaraan dalam Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia tatkala pesaing utamanya, Lewis Hamilton, bergelut dalam sesi latihan bebas kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Tekanan kini terarah kepada pasukan Mercedes yang tidak mahu misi mempertahankan kejuaraan terjejas yang menyaksikan Vettel muncul pelumba terpantas dengan rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen, ketinggalan 0.604 saat untuk menduduki tempat kedua manakala dua pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo dan Max Verstappen, di kedudukan ketiga dan keempat.

Peneraju kedudukan pelumba, Lewis Hamilton, yang mewakili pasukan Mercedes AMG PETRONAS menampilkan prestasi hambar apabila hanya mampu muncul pelumba di tangga keenam.

Kemalangan yang berlaku membabitkan Rom Haas Groshan memaksa sesi latihan bebas kedua terpaksa berakhir awal.

Hamilton juga terbabas dalam pusingan ketujuh, namun pasukan Mercedes tidak mengeluarkan sebarang ulasan mengenai punca kedua-dua pelumba mereka itu langsung tidak mampu memberikan sebarang saingan kepada pelumba-pelumba lain.