Pemandu Racing Point, Sergio Perez, tidak akan terlibat dengan Grand Prix British hujung minggu ini selepas didapati positif koronavirus.

Pamandu berusia 30 tahun itu menjalani ujian COVID-19 kelmarin dan tidak berada di Litar Silverstone sebagai langkah penjegahan.

Ujian itu kemudian berakhir positif dan Perez, yang menduduki tangga keenam keseluruhan kategori pemandu, akan dikuarantin bersama beberapa ahli pasukan Racing Point.

Perez merupakan pemandu pertama yang diuji positif sejak musim 2020, yang ditunda, bermula pada awal bulan ini.

Dalam Satu kenyataan, Formula 1 (F1) berkata: "Dengan bantuan penganjur tempatan GP British, pihak berkuasa kesihatan tempatan dan delegasi COVID-19 FIA, proses pengesanan di seluruh litar telah dilakukan dan kesemua kontak rapat sudah dikuarantin.

"Prosedur yang ditetapkan oleh FIA dan Formula Satu telah memperuntukkan pencegahan segera insiden yang tidak akan memberi kesan yang lebih besar kepada perlumbaan sebenar hujung minggu ini."

Racing Point mengesahkan bahawa mereka masih mahu menggunakan dua jentera dalam perlumbaan itu dengan pemandu simpanan, Stoffel Vandoorne atau Estaban Gutierrez -- dua pemandu yang dikongsikan bersama pasukan utama, Mercedes -- dijangka akan diturunkan.

"Sergio sihat secara fizikal dan tetap bersemangat tetapi dia perlu terus mengasingkan diri di bawah garis panduan pihak berkuasa kesihatan awam demi keselamatan dan keutaman pasukan dan sukan ini," kata pasukan yang berpangkalan di Litar Silverstone itu dalam satu kenyataan.

"Seluruh pasukan ini mendoakan kesihatan Sergio dan bersedia menantikan kepulangannya di ruangan pemandu RP20 tidak lama lagi.

"Kami mahu menggunakan dua jentera dalam perlumbaan Ahad ini.

"Kami akan berbincang mengenai langkah seterusnya dalam GP British hujung minggu ini," katanya.