F1: Mercedes bantah cadangan kelayakan grid terbalik 

Oleh Shaiful Shamsudin 2 Jun 2020 141
F1: Mercedes bantah cadangan kelayakan grid terbalik 
Mercedes membantah cadangan untuk memperkenalkan kelayakan grid terbalik perlumbaan dalam Formula Satu (F1) musim ini kerana ia boleh merosak impian pemburuan gelaran Lewis Hamilton, kata ketua pasukan Red Bull, Christian Horner.

Berikutan wabak COVID-19 yang menjejaskan kalendar F1 2020, terdapat desakan supaya format kelayakan di litar yang akan bertindak sebagai tuan rumah dengan penganjuran lebih daripada satu perlumbaan.

Horner berkata cadangan untuk memulakan perlumbaan berdasarkan urutan terbalik dalam menentukan grid bagi perlumbaan kedua itu menerima "sokongan luar biasa".

Namun, Mercedes nampaknya enggan bereksperimen tatkala juara bertahan itu memasang impian untuk menjulang gelaran dunia ketujuhnya tahun ini.

"Saya berasakan kami berdepan situasi yang unik tahun ini apabila mempunyai dua perlumbaan di litar yang sama -- nampaknya ia masa yang tepat untuk mencuba sesuatu yang berbeza dalam perlumbaan kedua itu kelak," katanya kepada Sky Sports.


 

"Dengan keadaan cuaca yang stabil, kami mungkin meraih keputusan yang sama dalam perlumbaan dua seperti yang kami lakukan dalam perlumbaan satu.

"Cadangan itu mendapat sokongan yang luar biasa. Satu-satunya orang yang tidak begitu menyokongnya adalah Hamilton kerana dia fikir ia akan mengganggu usahanya memburu kejuaraan dunia ketujuh, ia akan menawarkan terlalu banyak perbezaan.

"Penganjuran perlumbaan di tempat yang sama dalam tempoh dua minggu berturut-turut akan menjadi venue yang logik dan tepat pada masanya bagi memperkenalkan dan mencuba sesuatu yang baru. 

"Saya berasakan prospek kelayakan grid terbaik akan menjadi sesuatu yang boleh menghiburkan peminat, sesuatu yang positif buat F1 dan sesuatu yang sebenarnya kami tidak perlu takut untuk mencuba. "

Musim F1 akan bermula menerusi perlumbaan pertama di Austria 5 Julai depan.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen