F1: Hamilton raih petak utama di laman sendiri selepas jentera berpusing

Oleh Muzaffar Musa 2 Ogos 2020 163
F1: Hamilton raih petak utama di laman sendiri selepas jentera berpusing
Lewis Hamilton meneruskan kecemerlangannya dalam Formula  (F1) dengan menewaskan rakan sepasukan, Valtteri Bottas, untuk meraih petak utama di laman sendiri dalam Grand Prix British malam tadi.

Selapas keretanya hilang kawalan dan berpusing dalam Q2, Hamilton memaparkan dua pusingan yang menakjubkan dalam Q3 dengan mencatatkan rekod terpantas di Litar Silverstone, 1 minit 24.303 saat, yang meletakkannya berkelebihan 0.313 saat di depan Bottas.

Pelumba Finland itu merekodkan masa terpantas dalam FP3 dan dua pusingan kelayakan pertama tetapi tidak dapat mengatasi masa yang dicatatkan Hamilton.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen, akan mengisi petak ketiga manakala taruhan Ferrari, Charles Leclerc, keempat, di mana kedua-dua mereka ketinggalan lebih satu saat berbanding Hamilton, yang akan mengetuai perlumbaan sebenar hari ini selepas memenangi dua saingan sebelumnya.

Lando Norris mencuri tumpuan apabila mendapatkan petak kelima buat McLaren dengan pemandu Racing Point, Lance Stroll, memisahkannya daripada rakan sepasukan, Carlos Sainz.

Dua pemandu Renault, Daniel Ricciardo dan Esteban Ocon, masing-masing mengisi petak kelapan dan kesembilan selepas Ocon memintas Sebastian Vettel, yang catatannya dalam pusingan kedua tidak dikira kerana melebihi batasan litar.
   

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen