Lewis Hamilton layak ke petak pertama Grand Prix Sepayol selepas meraih lorong pertama buat kali ke-150 dalam Formula Satu.

Juara dunia enam kali itu merekodkan satu minit 15.584 saat di Circuit de Barcelona-Catalunya untuk mengatasi rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas (+0.059saat).

Hamilton, yang juga merupakan terpantas dalam sesi latihan terakhir, telah menangi di Sepanyol sejak tiga tahun yang lalu dan meletakkan sasaran untuk melakukannya buat kali keempat.

Sementara itu, mengakhiri perlumbaan dalam kedudukan tiga terbaik Ahad ini menyaksikan Hamilton merekodkan 156 podium, menyaksikan dirinya melintasi pelumba legenda, Michael Schumacher.

Pelumba Red Bull, Max Verstappen di tempat ketiga, dengan Sergio Perez -– kembali minggu ini selepas terlepas dua perlumbaan ekoran positif koronavirus -– menyertainya di lorong kedua.

Keputusan 10 pelumba terbaik:

1. Lewis Hamilton (Mercedes) 1:25.154
2. Valtteri Bottas (Mercedes) +0.059s
3. Max Verstappen (Red Bull) +0.708s
4. Sergio Perez (Racing Point) +0.898s
5. Lance Stroll (Racing Point) +1.005s
6. Alex Albon (Red Bull) +1.445s
7. Carlos Sainz (McLaren) +1.460s
8. Lando Norris (McLaren) +1.500s
9. Charles Leclerc (Ferrari) +1.503s
10. Pierre Gasly (AlphaTauri) +1.552s