Pelumba Moto2, Hafizh Syahrin dan Ramdan Rosli, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kelima dan ke-12 dalam Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Hafizh, yang nyata didorong pencapaian meraih petak ke-14 -- rekod terbaiknya di Sepang sejak 2011 -- menamatkan perlumbaan di tempat kelima untuk mengutip 11 mata walaupun beraksi di litar basah.

Hafizh kini berada dalam kelompok 10 teratas keseluruhan pelumba Moto2 dengan 117 mata di tangga kesembilan.

Peneraju, Johann Zarco, pula melonjakkan diri ke saingan MotoGP musim depan apabila muncul juara Moto2 dua kali, selepas mengesahkan kemenangan bergaya di Sepang.

Terdahulu, aksi pembuka tirai di Sepang, Moto3, cukup dramatik dengan siri kemalangan memaksa beberapa pelumba akur tidak dapat menamatkan perlumbaan.

Situasi itu dimanfaatkan sepenuhnya Khairul Idham Pawi yang bangkit daripada kekecewaan bermula di petak ke-20, sebelum memacu jentera dengan penuh yakin untuk berakhir di tangga kelapan.

Pelumba wildcard, Hafiq Azmi, juga mencipta kejutan dengan meraih tempat ke-11, ketika Adam Norrodin gagal menamatkan perlumbaan.

Khairul Idham atau SuperKIP, kini di tangga ke-17 keseluruhan Moto3, Adam ke-28, dan lima mata pertama yang diraih di Sepang meletakkan Hafiq kini di tangga ke-32.

Sementara itu, aksi mengecewakan Brad Binder, yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-17, langsung tidak mengancam kedudukannya selaku peneraju keseluruhan.

Keputusan Moto2:

1. Johann Zarco (Ajo Motorsport) 45'51.036s
2. Franco Morbidelli (Estrella Galicia 0,0 Marc VDS) +3.256s
3. Jonas Folger (Dynavolt Intact GP) +3.689s
4. Lorenzo Baldassarri (Forward Team) +21.428s
5. Hafizh Syahrin (Petronas Raceline Malaysia) +24.700s
6. Thomas Luthi (Garage Plus Interwetten) +26.184s
7. Alex Marquez (Estrella Galicia 0,0 Marc VDS) +28.177s
8. Xavi Vierge (Tech 3 Racing) +28.855s 9. Luca Marini (Forward Team) +29.247s
10. Isaac Vinales (Tech 3 Racing) +29.969s
11. Simone Corsi (Speed Up Racing) +30.866s
12. Ramdan Rosli (Petronas AHM Malaysia) +31.260s
13. Remy Garder (Tasca Racing Scuderia) +31.793s
14. Alex Rnis (Paginas Amarillas HP 40) +34.697s
15. Xavier Simeon (QMMF Racing Team) +46.669s
16. Jesko Raffin (Sports-Millions-EMWE-SAG) +49.126s
17. Sandro Cortese (Dynavolt Intact GP) +49.293s
18. Danny Kent (Leopard Racing) +51.610s
19. Edgar Pons (Paginas Amarillas HP 40) +54.949s
20. Marcel Schrotter (AGR Team) +55.461s
21. Takaaki Nakagami (IDEMITSU Honda Team Asia) +1'08.613s
22. Iker Lecuona (CarXpert Interwetten) +1'16.574s
23. Mattia Pasini (Italtrans Racing Team) +1'25.838s
24. Ratthapark Wilairot (IDEMITSU Honda Team Asia) +2'01.635s

Keputusan Moto3

1. Francesco Bagnaia (ITA) Pull & Bear Aspar Mahindra Team (Mahindra) 29 minit (m) 29.351 saat (s)
2. Jakub Kornfeil (CZE) Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 29m 36.459s
3. Bo Bendsneyder (NED) Red Bull KTM Ajo (KTM) 29m 36.604s
4. Fabio Quartararo (FRA) Leopard Racing (KTM) 29m 37.820s
5. Andrea Locatelli (ITA) Leopard Racing (KTM) 29m 41.765s
6. Marcos Ramirez (SPA) Platinum Bay Real Estate (Mahindra) 29m 42.057s
7. Gabriel Rodrigo (ARG) RBA Racing Team (KTM) 29m 42.738s
8. Khairul Idham Pawi (MAL) Honda Team Asia (Honda) 29m 42.857s
9. Livio Loi (BEL) RW Racing GP BV (Honda) 29m 43.796s
10. Darryn Binder (RSA) Platinum Bay Real Estate (Mahindra) 30m 8.128s
11. Hafiq Azmi (MAL) Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 30m 15.178s 12. Niccolò Antonelli (ITA) Ongetta-Rivacold (Honda) 30m 18.250s
13. Stefano Valtulini (ITA) 3570 Team Italia (Mahindra) 30m 18.999s
14. Lorenzo Petrarca (ITA) 3570 Team Italia (Mahindra) 30m 19.193s
15. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Racing Moto3 (Honda) 30m 44.514s
16. Lorenzo Dalla Porta (ITA) SKY Racing Team VR46 (KTM) +1 lap
17. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Ajo (KTM) +3 lap

*Gagal tamatkan perlumbaan (DNF)

Maria Herrera (SPA) MH6 Team (KTM) DNF
Jules Danilo (FRA) Ongetta-Rivacold (Honda) DNF
Jorge Navarro (SPA) Estrella Galicia 0,0 (Honda) DNF
Albert Arenas (SPA) Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) DNF
Joan Mir (SPA) Leopard Racing (KTM) DNF
Tatsuki Suzuki (JPN) CIP-Unicom Starker (Mahindra) DNF
Andrea Migno (ITA) SKY Racing Team VR46 (KTM) DNF
Nicolo Bulega (ITA) SKY Racing Team VR46 (KTM) DNF
Jorge Martin (SPA) Pull & Bear Aspar Mahindra Team (Mahindra) DNF
Aron Canet (SPA) Estrella Galicia 0,0 (Honda) DNF
Philipp Oettl (GER) Schedl GP Racing (KTM) DNF
Juanfran Guevara (SPA) RBA Racing Team (KTM) DNF
Adam Norrodin (MAL) Drive M7 SIC Racing Team (Honda) DNF
Ayumu Sasaki (JPN) Gresini Racing Moto3 (Honda) DNF