Cub Prix: 'Photo finish' berikan kemenangan buat Helmi

Oleh Ammar Hakim 3 September 2020 83
Cub Prix: 'Photo finish' berikan kemenangan buat Helmi
'Gempak' itu paling sesuai digambarkan dalam perlumbaan akhir pusingan ketiga Cub Prix 2020 kategori CP150 apabila pemenang terpaksa ditentukan menerusi 'photofinish' selepas dua pelumba Honda, Mohd Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar melepasi garisan penamat.

Pusingan kelayakan menyaksikan pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd Akid Aziz menjadi pelumba kegemaran untuk memenangi pusingan ketiga selepas mencatat masa terpantas 1 minit 15.596 saat sepusingan.

Namun sebaik dilepaskan, persaingan sengit terus disajikan beberapa pelumba saling bertukar kedudukan.

Aksi selekoh terakhir paling sensasi dengan pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar berjaya menempatkan diri di kedudukan paling hadapan.

Namun menuju garisan penamat, pelumba SCK, Helmi memecut laju dan berjaya memintas Azroy dengan keputusan 'photofinish' berpihak kepadanya.

"Perlumbaan ini agak sengit. Saya memiliki strategi tersendiri dalam perlumbaan ini dan ianya membuahkan hasil," kata Helmi.

Sementara itu, bagi kategori CP125 pasukan Onexox TKKR SAG, terus mendominasi apabila pelumbanya, Mohd Hafiza Rofa muncul juara pusingan ketiga dengan catatan masa 11:5. 311s.

Walaupun pelumba Petronas Sprinta Yamah Maju Motor, Mohd Syafiq Rosli, berjaya berada dalam kumpulan, kelibat dua pelumba Onexox TKKR SAG, Hafiza dan Shafiq Rasol agak menyukarkan Syafir untuk mengekalkan kedudukannya.

Menuju garisan penamat, strategi Shafiq dan Hafiza sepanjang lapan pusingan membuahkan hasil apabila Hafiza meraih kemenangan pertama dan rakan sepasukannya, Shafiq di tempat ketiga.

"Kami telah berjaya meraih tempat pertama.  Saya sangat bersyukur dengan kejayaan selepas mencubanya dalam dua perlumbaan sebelum ini," kata Hafiza.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen