Cub Prix: Pendaftaran pemilihan pelumba OMR dibuka

Oleh Staff Writer 13 Disember 2018 275
Cub Prix: Pendaftaran pemilihan pelumba OMR dibuka
Menjelang perlumbaan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor, hujung minggu ini, satu berita baik buat remaja-remaja berbakat yang berminat untuk menceburi bidang perlumbaan secara profesional apabila pendaftaran bagi sesi pemilihan pelumba Kategori Satu Pengeluar (OMR) bagi musim depan, kini dibuka.                                                 
Seperti musim-musim lalu, perlumbaan yang dianjurkan bersama-sama pengeluar, Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, itu terus memainkan peranan penting dalam melahirkan pelumba tempatan berbakat di peringkat pembangunan.

"Sebanyak 60 slot pelumba kategori itu tersedia untuk musim 2019 dengan penambahan 20 slot perlumbaan kedua yang dianjurkan oleh Hong Leong Yamaha.

"Setiap tahun, perlumbaan kategori itu terus memperlihatkan muka-muka baru yang menjadi pelapis kepada generasi pelumba hari ini," kata Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.

Perlumbaan satu pengeluar itu mempunyai sejarah melahirkan dan mengembangkan bakat ramai pelumba terbaik negara.  

Antara bakat yang lahir dari program itu termasuklah Hafizh Syahrin Abdullah, Mohd Ramdan Rosli, Adam Norrodin, Kasma Daniel Kasmayuddin, Khairul Idham Pawi dan Mohd Zulfahmi Khairuddin.

Kepada remaja berusia 13 hingga 18 tahun yang berminat, pendaftaran boleh dibuat di laman: http://malaysiancubprix.com/rider-search-2019/

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen