Cub Prix: Helmi, Syafieq kuasai litar basah SIC 

Oleh Staff Writer 18 Julai 2020 162
Cub Prix: Helmi, Syafieq kuasai litar basah SIC 
Setelah ketiadaan aksi sukan kompetitif selama empat bulan akibat wabak COVID-19, akhirnya kancah sukan negara semakin normal dengan kembalinya saingan Kejohanan Cub Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Perlumbaan hari ini dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk tanpa penonton.

Kelas Perdana CP 150 paling mencuri tumpuan apabila hujan tidak menghalang Md Helmi Azman untuk meraih podium dalam aksi pembukaan.

Pelumba pasukan Hi Rev SCK Honda Racing itu, yang bermula di petak kedua, berjaya mengekalkan kedudukan di kelompok depan meskipun hujan lebat turun di pertengahan aksi di SIC itu.

 
Posted by Malaysian Cub Prix on Saturday, July 18, 2020


Azroy Hakeem Anuar yang bermula di petak pertama mengalami kesukaran untuk bertahan di posisi itu namun tetap berupaya kekal di kelompok hadapan.

Bagimanapun, nasib tidak menyebelahi Md Amirul Arif apabila terlibat kemalangan di selekoh pertama pusingan kelima biarpun turut memimpin perlumbaan di samping Helmi dan Azroy.

Litar basah turut menyaksikan ramai pelumba tergelincir dan peluang itu digunakan sebaiknya pelumba kelompok belakang termasuk Md Khairul Ikhwan dari Negeri Sembilan.

Dia yang bermula di petak ke-13 bijak menggunakan peluang untuk mengisi posisi kedua sehingga tamat perlumbaan, sedikit ketinggalan di belakang juara pusingan pertama ini, pelumba dari Selangor, Md Helmi.

"Perlumbaan ini memang di luar jangkaan saya.

"Saya tak jangka mampu menamatkan perlumbaan di tempat pertama dalam keadaan hujan. 

"Pada permulaan, saya dah rasa memang hujan akan tiba dan pada pertengahan perlumbaan memang hujan dan keadaan litar mula basah. 

"Saya tahu trek litar akan menjadi licin dan saya cuba berhati-hati di setiap selekoh dan cuba mengawal kelajuan motor dan akhirnya saya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama", kata Md Helmi.

Kelas baru Cub Prix, CP125, menyaksikan pasukan adik-beradik, Onexox SAH Team serta Onexox TKKR SAG Team, cemerlang membolot kesemua tempat podium kategori tersebut.

 

2020 PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship Pusingan 1 - Litar Sepang HONDA DASH 125 CHALLENGE Race Highlights

Posted by Malaysian Cub Prix on Saturday, July 18, 2020


Penguasaan pasukan itu dalam kelas kedua tertinggi berkenaan jelas dalam aksi lapan pusingan tersebut dengan empat pelumba daripada Onexox memimpin di depan.

Di garisan penamat, Md Syafieq Aiman daripada Onexox SG Team mencatat masa keseluruhan terbaik, 11 minit 21.868 saat untuk sebagai dijulang juara, manakala Syafiq Rasol dari Onexox TKKR SAF Team yang memberi tekanan kepada Syafieq Aiman terpaksa akur sebagai naib juara, hanya 0.007 di belakang sementara rakan sepasukannya, Hafiza Rofa, melengkapkan tempat podium dengan catatan 11 minit 21.913s.

Seorang lagi wakil Onexox SAG Team, Faiz Zekri Sabri, berada di tangga keempat keseluruhan terbaik untuk melengkapkan dominasi dua pasukan Onexox itu, sekali gus memberi isyarat betapa pesaing mereka harus melipat gandakan usaha dalam perlumbaan seterusnya.

“Syukur Alhamdulillah tiada apa apa yang berlaku hari ini.

"Motosikal saya dalam keadaan baik, tiada kerosakan, terima kasih kepada pasukan saya, Onexox TKKR Racing Team. 

"Begitu juga buat mekanik yang sentiasa menjadikan motor saya yang terbaik selain pasukan yang sentiasa menyokong saya dan keluarga saya serta rakan-rakan,” kata Syafieq. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen