Meskipun baru sahaja memulakan karier sebagai penasihat teknikal pasukan One XOX TKKR SAG, Ahmad Fazli Sham Walat, akan kembali berlumba dalam perlumbaan pusingan keempat Cub Prix Malaysia di Johor, hujung minggu ini.

Fazli Sham, yang bersara lebih kurang setahun lalu, akan kembali dalam perlumbaan itu bagi menggantikan Hafiza Rofa yang mengalami kecederaan.

Walaupun sudah lama meninggalkan arena perlumbaan, dia yakin mampu meraih sekurang-kurangnya lima tempat teratas.

"Pada saya, tak begitu susah sangat untuk saya kembali kali ini sebab saya masih lagi berlumba di peringkat Asia.

"Kami masih lagi menjalani latihan, jadi saya rasa tiada masalah untuk saya kembali sebenarnya," katanya.

Pelumba itu memulakan kariernya pada 2001 sebagai pelumba persendirian sebelum menyertai Maju Motor pada 2003.

Musim lalu, dia memperkuatkan One XOX TKKR SAG dan menamatkan saingan keseluruhan di tempat ke-16.