Cub Prix: Akid cemerlang dalam hujan 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Ogos 2020 78
Cub Prix: Akid cemerlang dalam hujan 
Pelumba Yamaha Maju Motor, Akid Aziz, membuktikan cuaca hujan lebat tidak sedikit pun menggugat semangatnya untuk meraih podium pertama Kejohanan Cub Prix musim ini apabila menamatkan perlumbaan dengan keseluruhan 15 minit 46.337 saat.

Pusingan kedua di Litar Tangkak, Johor, petang tadi menyaksikan kejutan berlaku dalam kelas CP150 itu apabila wakil Yuzy Honda Racing, Azroy Hakeem Annuar, yang cemerlang dalam sesi kelayakan semalam pula berpuas hati di tempat kedua, sementara  Muzakkir Mohamed daripada Onexox TKKR Racing di tempat ketiga.

Sementara itu, saingan CP125 pula menyaksikan Shafiq Rasol meneruskan penguasaanya dalam kategori baru itu untuk menamatkan saingan di tempat pertama.

Dua pelumba Yamaha Maju Motor, Mohd Syafiq Rosli dan Alif Danial Asri, cuba memberikan tentangan sepanjang perlumbaan tetapi hanya mampu berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.

 
Posted by Malaysian Cub Prix on Sunday, August 23, 2020
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen