MotoGP mengesahkan saingan di Itali dan Catalunya merupakan perlumbaan terbaru yang ditangguhkan susulan wabak coronavirus.

Musim 2020 masih belum bermula tatkala kalendar yang telah ditetapkan terganggu ekoran COVID-19.

Lima pusingan telah ditangguhkan sambil dua perlumbaan yang dijadualkan Jun depan, Jerman dan Assen TT, juga tampak terancam.

MotoGP berkata jadual baru akan dikeluarkan selepas situasi yang melanda dunia itu reda.

"Pihak FIM, IRTA dan Dorna Sports terpaksa mengumumkan penangguhan Gran Premio d'Italia Oakley dan Gran Premi Monster Enerygy de Catalunya yang sepatutnya diadakan di Autodromo del Mugello dari 29 hingga 31 Mei depan serta perlumbaan di Circuit de Barcelona-Catalunya pada 5 hingga 7 Jun depan," kata wakil MotoGP.

"Wabak yang masih berterusan menyebabkan dua perlumbaan terpaksa ditetapkan semula.

"Tatkala situasi masih sedang cuba dipulihkan termasuk penangguhan perlumbaan di Perancis dan Sepanyol, sebarang saingan tidak boleh disahkan sehingga ia pulih sekali gus menyebabkan segala penangguhan.

"Kalendar baru akan diumumkan secepat mungkin."