Grand Prix (GP) Monaco tidak akan diadakan dalam tahun ini tatkala kalendar Formula Satu (F1) terus menerima kesan daripada wabak coronavirus.

Perlumbaan pembukaan F1 musim ini di Australia telah dibatalkan sambil saingan di Bahrain, Vietnam dan China ditangguhkan susulan wabak COVID-19.

Semalam, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengumumkan saingan di Belanda, Sepanyol dan Monaco akan ditangguhkan tetapi perlumbaan yang dijadualkan pada 24 Mei itu akhirnya dibatalkan.

Perlumbaan di Belanda diharapkan dapat diadakan pada 3 Mei depan tetapi kini ia tampak mustahil selepas diisytiharkan darurat sepanjang Mac dan April.

Kenyataan daripada Kelab Autombil Monaco mengesahkan keputusan itu berdasarkan impak daripada wabak itu terhadap kejuaraan F1, sambil mengambil kira jumlah penyertaan pasukan serta tekanan perniagaan dan tenaga kerja untuk setiap acara.

Sejak 1954, ia kali pertama perlumbaan F1 tidak akan diadakan.

Sabtu lalu, Pengarah pengurusan F1, Ross Brawn, berkata dia yakin sebanyak 17 atau 18 perlumbaan dapat diadakan dan sehingga kini, saingan berkemungkinan akan dimulakan di Baku, 7 Jun depan.