Covid-19: GP Austria bakal diadakan secara tertutup

Oleh Nafis Abdullah 16 April 2020 77
Covid-19: GP Austria bakal diadakan secara tertutup
Kerajaan Austria akan menyokong penganjuran saingan Formula Satu (F1) untuk diadakan secara tertutup, Julai depan.

Kesemua perlumbaan F1 yang telah dijadualkan sebelum Grand Prix (GP) Perancis telah ditangguhkan atau dibatalkan susulan wabak coronavirus sambil saingan di Austria bakal diadakan pada 5 Julai nanti.

Austria menjadi negara Eropah pertama yang menamatkan perintah kawalan tatkala mereka merancang untuk membangunkan semula ekonomi.

Tiada sebarang perhimpunan atau pengumpulan secara besar-besaran diadakan di Austria sekurang-kurangnya sehingga 30 Jun nanti sambil pelancong yang hadir ke negara itu perlu menjalani kuarantin persendirian atau memiliki dokumen kesihatan.

Namun, Naib Kaunselor Austria, Werner Kogler, mengesakan kerajaan tidak akan meneruskan saingan F1 secara tertutup sehingga syarat diikuti.

"Kami tidak mahu begitu," katanya.

"Situasi ini berbeza dengan acara di stadium. Sesetengah orang terkesan dengannya.

"Peraturan jarak secara minimum perlu dipantau dan ia tampak boleh dijalankan.

"Persekutuan sukan perlu membuat keputusan dan saya juga berhubung dengan Helmut Marko, individu yang memainkan peranan bersama Red Bull dan juga selaku pegawai media.

"Saya memberitahunya tentang perkara ini dan kami akan meletakkan tetapan yang perlu dipatuhi, setara dengan persatuan sukan permotoran sebelum ia dinilai."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen