Covid-19: F1 ubah cuti pertengahan musim kepada Mac, April

Oleh Staff Writer 19 Mac 2020 91
Covid-19: F1 ubah cuti pertengahan musim kepada Mac, April
Formula Satu (F1) tidak akan memiliki cuti pertengahan musim bagi tahun 2020 selepas kebanyakan pasukan mengundi untuk membawanya kepada Mac dan April susulan wabak COVID-19.

Grand Prix (GP) di China ditangguhkan di permulaan musim sambil perlumbaan di Bahrain dan Vietnam dibatalkan selepas acara pembukaan kempen di Australia juga dibatalkan susulan penarikan diri McLaren kerana salah seorang ahli skuad didapati positif ujian wabak itu.

Tempoh saingan dihentikan kini ditambah dari dua minggu kepada 21 hari sekali gus menyaksikan kemungkinan Ogos sebagai tarikh kempen disambung.

"Melihat kepada wabak COVID-19 yang kini memberi kesan kepada acara kejuaraan dunia F1, pihak Majlis Sukan Permotoran Dunia telah bersetuju untuk mengubah satu peraturan bagi tahun 2020, mengubah tempoh saingan dihentikan dari Julai dan Ogos kepada Mac dan April dan ia berlanjutan selama 21 hari," kata wakil Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

"Semua pesaing perlu memantau tempoh 21 hari itu dalam bulan Mac dan/atau April.

"Perubahan itu disokong oleh kedua=dua kumpulan strategi serta pemegang taruh F1."

Saingan musim ini dijangka kembali bersambung pada 3 Mei depan dalam GP Belanda.

Minggu lalu, Pengarah Urusan F1, Ross Brawn, menegaskan dia yakin sekurang-kurangnya 17 atau 18 perlumbaan dapat diadakan musim ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen