Pelumba CEV negara, Adam Norrodin, berasakan pencapaiannya pada tahun ini suram selepas gagal merealisasikan impiannya muncul dalam kelompok lima terbaik.

Walaupun mengalami kecederaan di tangan kirinya, Adam, 22, tetap cekal untuk meletakkan sasaran sekurang-kurangnya podium pada musim depan.

Justeru, sebelum perlumbaan pembukaan pada April depan, pelumba dari Johor itu akan menjalani rawatan terlebih dahulu sebelum kembali beraksi dalam Kejuaraan CEV.

"Ramai pelumba seperti Khairul Idham Pawi dan Kasma Daniel Kasmayudin menghadapi masalah di tangan kiri seperti ini. Mereka telah menjalani pembedahan. Selalunya kecederaan seperti ini menimpa di bahagian kanan pelumba tetapi saya menghadapinya di sebelah kiri.

"Saya perlu ubah corak latihan untuk kurangkan kesakitan. Untuk selamat, saya akan dibedah tahun depan.

"Begitupun, saya akan tetap mahu berikan yang terbaik. Sasaran saya adalah untuk mencapai podium di pentas CEV pada tahun depan," katanya.


Morning cycling with CEO of @sepangcircuit @shafriman.hanif #championyousic

Posted by Adam Norrodin on Thursday, December 24, 2020