Bapa Hafizh Syahrin, Abdullah Harun, berkongsi cerita bahawa dua pasukan Moto2 yang ada kaitan dengan Honda sedang berunding dengan penunggang Aspar itu.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan pelumba yang sedang berlumba dalam Grand Prix Aragon, Sepanyol, berkenaan tiada masalah untuk meneruskan kariernya dalam saingan berkenaan pada musim depan.

Bapanya tidak rela melihat anaknya bersara memandangkan umurnya baru 26 tahun.

"Minggu lalu dia ada memberitahu saya ada dua pasukan sedang berbincang dengannya.

"Cuma dia berpesan bahawa dia mampu menanggung semua ini (tanpa bercerita lanjut) .

"Hafizh sanggup risiko dan Insya-Allah dia ada tempat dalam Moto2.

"Pasukan yang menghubunginya itu mempunyai kaitan dengan pengeluar Honda," katanya ketika ditemui wakil Astro Arena hari ini.


#Bismillahfirst Ready to Race ✊???? #AragonGP Aspar Team Allah yuftah alaikum Hafizh Syahrin. #teamHS #HS55 #AsparTeam #SpeedUP #Moto2 #RezekiDariAllah #RedBullMy #Redbull #UMWGranttlube #KBSMalaysia

Posted by Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao on Sunday, October 18, 2020