Aspar cetus persoalan masa depan Hafizh Syahrin

Oleh Muzaffar Musa 16 Oktober 2020 1408
Aspar cetus persoalan masa depan Hafizh Syahrin
Nasib pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, kini menjadi persoalan apabila pasukannya, Inde Aspar Team, menamakan pendahulu kategori Moto3, Albert Arenas, sebagai pemandu Moto2 musim depan.

Keputusan itu merupakan satu tamparan hebat buat Hafizh Syahrin yang ketika ini berada di tangga ke-19 dalam kedudukan keseluruhan selepas hanya mengumpulkan 18.

Dengan hanya berbaki lima perlumbaan musim ini, pelumba itu dilaporkan sudah dimaklumkan mengenai pemilihan Arenas untuk digandingkan dengan Aron Canet bagi saingan musim depan.

 

😁👍 Albert Arenas will jump to Moto2 with the Aspar Team 📰 |...

Posted by Aspar Team on Thursday, 15 October 2020


Hafizh Syahrin mula menyertai saingan Moto2 dengan tiket peluang khas dalam musim 2011 hingga 2013 sebelum beraksi secara sepenuh masa dari 2014 hingga 2017.

Pelumba kelahiran Ampang itu kemudian mencipta sejarah sebagai warga Malaysia pertama beraksi dalam kategori perdana, MotoGP dari 2018 hingga 2019.

Dia kemudian kembali menyertai saingan Moto2 dengan mewakili Aspar awal tahun ini dengan tujuan untuk kembali ke kategori perdana musim depan tetapi kemalangan ngeri yang dihadapinya dalam Grand Prix Austria pada Ogos lalu merencatkan hasrat itu.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen