ARRC: Malaysia kembali anjur perlumbaan

Oleh Penulis Jemputan 22 November 2018 118
ARRC: Malaysia kembali anjur perlumbaan
Setelah setahun Malaysia menyepi daripada saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), kini ia kembali untuk kalendar 2019 dengan memilih Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai destinasi penganjuran.

Malaysia kembali tersenarai sebagai destinasi dalam kalendar ARRC dan Litar Antarabangsa Sepang bakal menjadi tuan rumah untuk pusingan pertama dan keenam saingan itu tahun depan.

Lebih manis, sesi ujian rasmi juga akan dijalankan di Litar Antarabangsa Sepang pada Mac 2019.

ARRC 2019 bakal menyaksikan perlumbaan akan berlangsung untuk tujuh pusingan meliputi lima destinasi berbeza, termasuk satu destinasi baru, iaitu Litar Antarabangsa Korea Selatan.

"Memang dalam rancangan bagi tahun 2019, ia melibatkan tujuh pusingan tetapi satu daripada faktor utama kerana kami memulakan kelas 1,000.

"Apabila ia dibawa masuk, pilihan litar sangat penting untuk keselamatan pelumba," kata Pengarah Promosi ARRC, Ronn Hogg.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen