Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dijangka akan lebih meriah dan sengit dengan pengenalan kelas ASB1,000cc dan juga pertambahan kepada tujuh pusingan perlumbaan bagi musim 2019.

Kejuaraan itu bakal melibatkan empat kelas perlumbaan, iaitu ASB1,000 (Asia Superbike), SuperSports 600cc, Asia Production 250cc dan Underbone 150cc, selain turut mengekalkan format dua perlumbaan akhir seperti yang digunakan sejak tahun 2000.

Saingan musim 2019 akan membuka tirai dengan sesi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang pada 5 dan 6 Mei 2019.

Pengumuman kalendar musim 2019 oleh FIM Asia bersama Kejuaraan Motosikal Asia adalah seperti berikut: