ARRC: Dua pelumba negara bersaing rebut gelaran Supersports 600cc

Oleh Penulis Jemputan 2 Disember 2017 466
ARRC: Dua pelumba negara bersaing rebut gelaran Supersports 600cc
Persaingan memburu gelaran juara keseluruhan SuperSports 600cc semakin sengit dan mendebarkan d iantara dua pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman, apabila hanya lima mata memisahkan mereka sebaik Perlumbaan 1, Pusingan 6 Kejohanan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) berakhir di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Zaqhwan (Musashi Boon Siew Honda) yang hadir ke Thailand sebagai pendahulu, gagal mengekalkan kelebihan apabila sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 untuk mengumpul 144 mata keseluruhan.

Rakan senegara, Azlan Shah (Manual Tech KYT Kawasaki Racing), berjaya merapatkan jurang kepada lima mata setelah menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima untuk naik ke tangga ketiga keseluruhan dengan 139 mata.

Pelumba Jepun, Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T.Pro Ten10), menjadi pemisah di antara dua pelumba negara itu apabila berada di kedudukan kedua dengan 141 mata setelah menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

Dalam pada itu, pertarungan sengit 18 pusingan Perlumbaan 1 dikuasai oleh pelumba tuan rumah, Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing Team), yang menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 29 minit 58.173 saat.

Dia berjaya memintas pelumba berpengalaman, Anthony West (Akeno Speed Raing), di selekoh terakhir perlumbaan. West di kedudukan kedua dengan masa 29:58.353s, diikuti Thitipong Warokorn (Kawasaki Thailand Racing Team) ketiga dengan masa 29:58.488s.

“Aksi saya tidak begitu baik hari ini. Saya gagal mendapatkan keputusan yang diharapkan, namun masih ada satu lagi perlumbaan akhir esok.

"Kami akan bersaing dan mencuba yang terbaik untuk diri sendiri, pasukan dan juga negara,” ujar Zaqhwan yang mempunyai misi untuk memegang gelaran SuperSports 600cc buat kali ketiga.

Sementara itu, penamat di tempat keempat mengesahkan status Gerry Salim (Astra Honda Racing Team) setelah mengumpul 199 mata keseluruhan meskipun masih berbaki satu perlumbaan akhir.

Perlumbaan 1 dimenangi oleh rakan sepasukan, Rheza Danica Ahrens, dengan masa keseluruhan 19:07.754s, diikuti pelumba tuan rumah, Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing Team) dengan masa  19:07.965s dan Tomoyoshi Koyama (RAMA Honda) ketiga, 19:08.111s.

Anupab dan Koyama terus bersaing sengit untuk memburu gelaran naib juara dan ketiga keseluruhan setelah masing-masing mengumpul 168 mata dan 163 mata.

Dalam saingan Underbone 150cc, hasrat Mohd Akid Aziz untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan lebih awal tidak kesampaian setelah terjatuh pada pertengahan perlumbaan. 

Begitupun, pelumba UMA Racing Yamaha Maju Motor itu masih mampu bangkit meneruskan perlumbaan dan tamat di kedudukan ke-11 untuk terus kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan 169 mata.

Perlumbaan 1 dimenangi Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) yang menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16:50.406s, sekaligus masih berpeluang untuk memintas Akid seandainya menjuarai Perlumbaan 2 manakala Akid gagal memungut sebarang mata.

Md Amirul Ariff Musa (Yuzy Honda Vietnam Racing Team) muncul naib juara perlumbaan dengan masa 16:50.884s, diikuti rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues ketiga, 16:50.984s.
 
Keputusan Perlumbaan 1
SuperSports 600cc
1 Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha Thailand Racing Team 29’58.173s
2 Anthony West (AUS) Akeno Speed Racing 29’58.353s       
3 Thitipong Warokorn (THA) Kawasaki Thailand Racing Team 29’58.488s
4 Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha Thailand Racing Team 29’58.670s
5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS)  Manual Tech KYT Kawasaki Racing 29’59.564s
 
Kedudukan Keseluruhan
1 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 144 mata
2 Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 141 mata
3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 139 mata
4 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing   134 mata
5 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 119 mata
 
Asia Production 250cc
1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 19’07.754s
2 Anupab Sarmoon (THA) Yamaha Thailand Racing Team 19’07.965s
3 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 19’08.111s
4 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 19’14.884s
5 Vorapong Malahuan (THA) AP Honda Racing Thailand 19’14.959s
 
Kedudukan Keseluruhan
1 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 199 mata
2 Anupab Sarmoon (THA) Yamaha Thailand Racing Team 168 mata
3 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 163 mata
4 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 149 mata
5 Takehiro Yamamoto (JPN) Supra Studio HONDA IKAZUCHI Racing Team 136 mata
 
Underbone 150cc
1 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 16’50.406s
2 Md AMirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing 16’50.884s
3 Md Haziq Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 16’50.984s
4 Md Muzakkir Mohamed (MAS) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 16’51.024s
5 Owie NNurhuda (INA) SND Factory Indonesia 16’51.786s
 
Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 169 mata
2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 145 mata
3 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 132 mata
4 Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 118 mata
5 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang Racing Team 110 mata

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen