ARRC: Azlan berdepan tugas getir di Buriram

Oleh Staff Writer 29 November 2018 85
ARRC: Azlan berdepan tugas getir di Buriram
Azlan Shah Kamaruzaman berhadapan tugas getir mempertahankan gelaran juara keseluruhan SuperSports 600cc menjelang perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hujung minggu ini.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan mengumpul 102 mata, namun ketinggalan 34 mata di belakang pendahulu, Anthony West, dengan 136 mata.

Dengan hanya 50 mata maksimum menanti barisan pelumba, Azlan perlu menamatkan kedua-dua perlumbaan sekurang-kurangnya di kedudukan kedua untuk memintas West meskipun pelumba itu tidak akan beraksi di Buriram.

“Saya perlu menang. Tiada jalan lain untuk saya mempertahankan gelaran keseluruhan.

“Walaupun West tidak beraksi, namun kehadiran pelumba gantian mereka, Randy Krummenacher, yang berpengalaman luas mungkin menjadi halangan terbesar disamping pencabar utama lain.

"Saya berharap pihak pasukan dapat membantu dalam menyediakan jentera yang lebih baik berbanding awal musim.

“Paling penting, saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan sewaktu perlumbaan,” jelas juara Asia dua kali itu. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen