ARRC: Afif sasar lima terbaik di Sepang

Oleh Ammar Hakim 4 Mac 2020 26
ARRC: Afif sasar lima terbaik di Sepang
Wajah baru jentera menjadi sandaran semangat Ahmad Afif Amran untuk meletakkan diri dalam kedudukan lima terbaik Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2020.

Ini merupakan musim kedua Afif dalam kategori supersport 600cc bersama pasukan Hong Leong Yamaha.

2019 menyaksikan Afif turun naik dalam mencari rentak apabila menamatkan kempen di luar pencabar kejuaraan.

Ujian pramusim dua hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula hari ini dimanfaatkan Afif untuk memastikan dia di kemuncak prestasi menjelang pusingan pertama ARRC hujung minggu ini di Sepang.

"Kemahiran menunggang serta penetapan jentera adalah kelebihan yang bakal digunakan saya dalam saingan musim 2020. Saya meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok lima terbaik," kata Afif.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen