Anak Michael Schumacher muncul juara F3

Oleh Penulis Jemputan 14 Oktober 2018 800
Anak Michael Schumacher muncul juara F3
Mick Schumacher, anak kepada juara dunia Formula Satu (F1), Michael, telah memenangi gelaran Formula 3 (F3) Eropah.

Pemandu berusia 19 tahun itu mengakhiri perlumbaan di tempat kedua di Hockenheim bagi mengutip mata dalam persaingan pelumba F3.

"Saya sangat gembira," kata pelumba Prema itu.

"Apa yang telah dicapai oleh pasukan ini merupakan sesuatu yang di luar jangkaan."

Schumacher mendominasi separuh kedua musim dengan memenangi lapan perlumbaan sebelum meraih gelaran pertamanya dalam sukan permotoran.

Pelumba kelahiran Jerman itu menamatkan saingan di tempat ke-12 dalam perlumbaan pertama sebelum menghuni podium dalam perlumbaan berikutnya di belakang juara 2017, Lando Norris, yang bakal memandu McLaren dalam F1 musim depan.

Bapa Schumacher, yang mendominasi F1 sekitar awal tahun 2000, masih tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ski pada Disember 2013.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen