Alonso kembali bawa cabaran Renault dalam F1 

Oleh Shaiful Shamsudin 8 Julai 2020 14
 Alonso kembali bawa cabaran Renault dalam F1 
Fernando Alonso akan kembali mewarnai kancah Formula Satu (F1) musim depan selepas bersetuju untuk kembali ke pangkuan Renault.


 

Alonso bersara daripada F1 pada 2018 sebelum bersetuju untuk menggantikan tempat Daniel Ricciardo tahun depan berikutan pemandu kelahiran Australia itu bakal berhijrah ke McLaren.

Juara dunia F1 sebanyak dua kali berusia 39 tahun itu bakal menyertai Esteban Ocon yang akan memandu jentera Renault buat musim ketiga. 

Pemain Sepanyol itu memenangi gelaran berturut-turut pada 2005 dan 2006 dalam ketika mewakili Renault buat julung kalinya sebelum dia bergabung dengan McLaren.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen