Alonso bakal kembali ke F1 2020

Oleh Staff Writer 26 November 2018 291
Alonso bakal kembali ke F1 2020
Fernando Alonso memberi bayangan bakal kembali ke arena Formula Satu (F1) pada 2020 selepas melengkapkan perlumbaan terakhirnya semalam.

Alonso menamatkan saingan di Abu Dhabi di tangga ke-11 dan meninggalkan aksi F1 selaku juara dunia dua kali sebelum memilih untuk memberikan fokus kepada bidang lain tahun depan, termasuk usahanya dalam sukan permotoran Triple Crown.

Bergelar individu kedua meraih pencapaian sebegitu selepas Graham Hill, pelumba berusia 37 tahun itu harus menambah kejayaan dalam saingan Indy 500 setelah menjulang gelaran juara Grand Prix Monaco dan aksi 24 jam Le Mans.

Namun, Alonso tidak menolak bakal kembali ke litar F1.

"Ketika ini, saya tidak berfikir untuk kembali, itu sudah pasti," katanya.

"Saya tidak tahu apa perasaannya tahun depan.

"Saya rasa saya perlukan rehat bagi 2019 dan mendapatkan cabaran baru. Saya mahu berjuang untuk Triple Crown, Indy 500 serta perlumbaan lain. Mungkin Daytona atau perkara lain.

"Tetapi 2020, mungkin saya akan melengkapkan kalendar dengan sesuatu. Mungkin IndyCar, mungkin F1, saya tidak tahu.

"Waktu itu akan kembali atau mungkin juga saya menikmati tahun depan tanpa perlu beraksi semula di litar F1."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen