Adam Norrodin bermula di petak ke-9 GP Jepun

Oleh Shaiful Shamsudin 15 Oktober 2016 0
Adam Norrodin bermula di petak ke-9 GP Jepun
Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin, menyambar petak kesembilan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2016 Grand Prix (GP) Jepun, hari ini. 

Penunggang Drive M7 SIC Racing Team itu mencatatkan masa 1 minit 56.873 saat dalam sesi kelayakan -- dibezakan 0.430 saat dengan Hiroki Ono. 

Kedudukan itu mencerahkan peluang buat Adam untuk memperbaiki keputusan terbaik yang direkodkannya dalam GP Argentina, April lalu, apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11. 

Seorang lagi penunggang Moto3 negara, Khairul Idham Pawi, pula akan memulakan perlumbaan esok di petak ke-22 selepas menamatkan sesi kelayakan itu dengan catatan 1 satu minit 57.395 saat. 

Rakan Khairul Idham di Honda Team Asia, Hiroki Ono, yang mencatatkan masa terpantas 1 minit 56.443 saat, bagaimanapun, terlepas petak depan buat pertama kali dalam kariernya selepas dikenakan tiga grid penalti kerana menunggang perlahan semasa sesi latihan bebas semalam. 

Justeru, tempatnya akan diambil alih oleh Andrea Migno, diikuti Brad Binder dan Enea Bastianini.

Tuan rumah, Jepun, menampilkan dua pelumba wildcard, salah seorangnya merupakan penunggang wanita, Shizuka Okazaki, yang mengisi petak ke-34 manakala penunggang termuda berusia 16 tahun di GP Jepun, Rei Sato, akan bermula di petak ke-35. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen