Adam berlumba dalam kesakitan 

Oleh Shaiful Shamsudin 5 Oktober 2020 3339
Adam berlumba dalam kesakitan 
Pelumba negara, Adam Norrodin, melalui hari gemilang di Litar Aragon, Sepanyol, semalam apabila menamatkan kedua-dua perlumbaan kategori Moto2 Kejohanan Motorsikal Eropah (CEV) dalam kelompok 10 terbaik.

Walaupun mengalami kecederaan tangan, pelumba Pasukan Pelapis Instact SIC itu tetap cekal untuk mengharungi perlumbaan pertama sebanyak 16 pusingan itu di tangga kesembilan.

Kecemerlangan anak jati Johor itu berterusan dalam perlumbaan kedua apabila menamatkan perlumbaan di tangga kelapan. 

Kejayaan ini lantas meletakkan Adam kini berada di tangga tujuh keseluruhan dengan 63 mata. 

"Saya cuba juga buat yang terbaik, saya tahu akan bergelut di bahagian tangan kiri. 

"Saya cuba kekal bersaing dalam kelompok depan pada awal perlumbaan tetapi dalam 10 pusingan terawal, saya tidak dapat mempamerkan tunggangan yang tekal. 

"Saya begitu bergelut dan berharap dapat membuat persediaan yang lebih baik menjelang perlumbaan seterusnya," katanya ketika dihubungi Nadi Arena. 

 

Race 1 - #P9 Race 2 - #P8 "This round did not go quite as I had expected. It has been a tough week. In Race 1, I started...

Posted by Adam Norrodin on Sunday, October 4, 2020
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen