Sukan Para Asia 2018: Acara badminton berpasukan tawarkan pingat

Oleh Penulis Jemputan 5 Oktober 2018 36
Sukan Para Asia 2018: Acara badminton berpasukan tawarkan pingat
Sukan Para Asia Jakarta menyaksikan sukan badminton buat pertama kalinya menawarkan pingat dalam acara berpasukan.

Tatkala tuan rumah diletakkan sebagai pilihan pertama, Malaysia pula tampil selaku pilihan kedua daripada sembilan pasukan yang mengambil bahagian.

Namun, dua pasukan pilihan itu tidak akan bertemu sehingga aksi final dengan undian hari ini menyaksikan Malaysia akan berdepan Vietnam dalam suku akhir setelah mendapat 'bye' dalam pusingan pertama.

"Saya berasakan Malaysia mampu meraih pingat dalam acara berpasukan. Kami berharap dapat meraih emas dalam acara ini," kata pengurus skuad badminton para negara, Dr Naharuddin Hashim.

"Barisan pemain tidak sabar untuk beraksi dan positif menghadapi Sukan Para Asia. Saya berasakan Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran pingat yang telah ditetapkan."

Menggunakan format pusingan kalah mati, Malaysia dijangka bertemu Jepun dalam separuh akhir jika berjaya mengalahkan Vietnam.

Sandaran utama sudah pasti diletakkan di bahu pemain para nombor satu negara, Cheah Liek Hou, yang juga pemenang dua pingat emas Sukan Para Asia.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen