Saifuddin enggan dibayangi Latif

Oleh Penulis Jemputan 4 Oktober 2018 82
Saifuddin enggan dibayangi Latif
Atlet lompat jauh para negara, Mohd Saifuddin Ishak, enggan dibayangi kehebatan Abdul Latif Romly apabila bertekad untuk meraih pingat dalam Sukan Para Asia Jakarta 2018.

Acara lompat jauh para sememangnya cukup sinonim dengan Latif.

Ia susulan pencapaian hebat atlet kelahiran Perlis itu sebelum ini yang menenggelamkan kelibat atlet lain.

Ini termasuk Saifuddin yang akan beraksi dalam acara lompat jauh T12 (masalah penglihatan) dalam Sukan Para Asia Jakarta.

"Latif berada dalam kategori yang berbeza dan persembahan yang dipamerkan memberikan semangat kepada kami," kata Saifuddin.

Saifuddin, bagaimanapun, mengakui pencapaian Latif menjadi pembakar semangatnya untuk melakukan aksi terbaik di Jakarta.

Mengulas mengenai persiapan untuk temasya kali ini, Saifuddin memberitahu, "Saya masih lagi mencari sentuhan sejak tahun lalu dan kecederaan tidak lagi membelenggu saya."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen