Rizal cipta sejarah permainan sempurna

Oleh Penulis Jemputan 12 Oktober 2018 936
Rizal cipta sejarah permainan sempurna
Pemain boling tenpin para negara, Rizal Hassan, melakar sejarah tersendiri apabila muncul pemain pertama mencatat balingan sempurna dalam Sukan Para Asia ketika beraksi dalam acara trio campuran, semalam.

Rizal mencuri tumpuan di Pusat Boling Jaya Ancol apabila tampil dengan aksi mantap dan bertenaga dalam saingan trio.

Bergandingan dengan Hairul Miran dan Choo Kam Chan, Rizal berjaya melakukan permainan sempurna dengan 300 jatuhan pin dalam game ketiga.

Ini kali pertama Rizal melakukan permainan sempurna dalam sebarang pertandingan yang juga menjadi sejarah pertama dalam Sukan Para Asia sejak edisi sulung pada tahun 2010.

"Saya agak kecewa kerana gagal membantu penambahan pingat skuad negara tetapi permainan sempurna itu sedikit-sebanyak mengubati kekecewaan saya," katanya.

Aksi luar biasa Rizal, bagaimanapun, masih gagal membantu trio negara menduduki kedudukan podium setelah mereka menamatkan saingan di tempat keempat.

Ia sekali gus menyaksikan Rizal berpuas hati dengan dua gangsa dalam penampilan pertamanya di pentas Sukan Para Asia.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen