Liek Hou taruhan utama skuad badminton para negara

Oleh Penulis Jemputan 6 Oktober 2018 83
Liek Hou taruhan utama skuad badminton para negara
Jurulatih badminton para negara, Abdul Rani Jaafar, bersedia mengambil risiko dengan mempertaruhkan Cheah Liek Hou dalam perlawanan ketiga bagi pertemuan separuh akhir acara berpasukan menentang India esok selepas skuad negara melepasi halangan suku akhir dengan menewaskan Vietnam 2-0 .

Peraturan acara berpasukan yang kali pertama dipertandingkan dalam Sukan Para Asia menetapkan klasifikasi SL4 (cacat anggota kaki) untuk perlawanan pertama, diikuti klasifikasi SU5 (cacat anggotan tangan) untuk perlawanan kedua.

Ini bermakna Liek Hou yang berada dalam klasifikasi SU5, tidak boleh diturunkan dalam perlawanan pertama sekali gus terpaksa beraksi dalam beregu ketika membantu Malaysia menewaskan Vietnam 2-0 dalam suku akhir.

Namun, jaguh perseorangan para negara itu tampak akan menjadi taruhan berbeza dalam aksi separuh akhir susulan India mempunyai kekuatan seimbang, terutama dalam perseorangan.

"Kami akan cuba menurukan Liek Hou untuk perlawanan akan datang tetapi kami akan terus mencari strategi yang terbaik," kata Rani.

"India sememangnya memiliki barisan pemain yang berkualiti tetapi kami akan cuba memastikan Malaysia melangkah ke final," kata Liek Hou.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen