Dr. Mahathir kagum semangat luar biasa atlet para 

Oleh Penulis Jemputan 13 Oktober 2018 89
Dr. Mahathir kagum semangat luar biasa atlet para 
Kejayaan barisan atlet para negara yang mengatasi sasaran 15 pingat emas dalam Sukan Para Asian Indonesia mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang menyifatkan setiap daripada mereka sebagai invididu luar biasa.

Kontinjen para Malaysia beraksi begitu cemerlang di Indonesia apabila secara keseluruhannya mengutip 17 emas, 26 perak dan 27 gangsa.

Lebih manis, beberapa rekod dunia turut dipecahkan, khususnya menerusi Ridzuan Puzi dalam acara pecut 100 meter T36 dengan catatan 11.87 saat, begitu juga Abdul Latiff Romly dalam acara lompat jauh T20 dengan catatan 7.64m.

Malaysia juga mengakhiri temasya edisi kali ini di kedudukan kelapan secara keseluruhan.

Dr. Mahathir memuji kesungguhan barisan atlet para negara yang telah pun menyumbang bakti untuk mengharumkan nama Malaysia sambil menganggap mereka sumber inspirasi semua.

"Mereka beraksi dengan begitu bersemangat, walaupun beraksi di atas kerusi roda sekalipun, mereka cekap.

"Saya mengucapkan tahniah kepada mereka," kata Dr. Mahathir.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen