Road to Tokyo: Zii Jia perlu beri pulangan berbaloi 

Oleh Shaiful Shamsudin 21 Februari 2020 357
Road to Tokyo: Zii Jia perlu beri pulangan berbaloi 
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, akur dengan keperluan untuk menjelmakan pencapaian bermakna dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 sekalipun bakal layak ke temasya itu buat julung kalinya.

Baginya, harapan daripada peruntukan Program Road to Tokyo untuknya adalah untuk membantunya berada di kemuncak prestasi selain bebas kecederaan.

Misi Zii Jia mengukuhkan kelayakan ke temasya Tokyo 2020 adalah dengan menyertai dua kejohanan di Eropah termasuk penampilan sulung dalam Kejohanan Seluruh England bermula 11 Mac depan.

"Aspek paling penting bukanlah perbanyakkan latihan sebaliknya adalah mengelak kecederaan.

"Kalau ditimpa kecederaan, saya tidak akan dapat beraksi langsung.

"Ia sukar tetapi saya akan berikan yang terbaik.

"Dengan jumlah besar yang diperuntukkan MSN, kami perlu membuktikan keupayaan," katanya ketika diwawancara wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Pusingan pertama akan menemukan pemain berusia 22 tahun itu dengan wakil Indonesia, Jonatan Christie, lawan yang tidak pernah ditewaskan dia dalam empat perlawanan terdahulu.

"Pemain handalan tidak akan berada di bawah prestasi sebenar terlalu lama.

"Sudah pasti pada minggu ini jurulatihnya akan melakukan sesuatu untuk mengembalikan prestasi sebenarnya.

"Saya teruja untuk bertemunya."


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen