Prem Kumar beralih kategori 

Oleh Penulis Jemputan 25 Disember 2019 58
Prem Kumar beralih kategori 
Atlet karate negara, S. Prem Kumar, harus memperkuatkan mental bagi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila bakal beraksi dalam kategori 67 kilogram disebabkan kategori asalnya tidak dipertandingkan.

Prem Kumar berjaya memulihkan semula maruahnya apabila meraih pingat emas dalam Sukan SEA Filipina dari 30 November-11 Disember lalu.

Aksi final menyaksikan dia mudah menewaskan lawan tuan rumah, Normanz Marz Montalvo, 6-1 dalam kategori 55kg. 

Bagaimanapun, memasuki 2020, Prem Kumar mempunyai cabaran baru apabila harus beraksi dalam kateogri 67kg bagi kelayakan Sukan Olimpik.

"Teknik, taktik, fizikal dan kekuatan saya sudah capai di tahap sepatutnya, cuma ia soal fikiran sahaja. 

"Saya agak terkejut sebaik melihat kepada kategori (yang dipertandingkan dalam) Sukan Olimpik.

"Kalau mental saya kuat, saya boleh buat yang terbaik di peringkat kelayakan," katanya. 

Tambahnya, walaupun memungut emas dalam kategori 55kg Sukan SEA, dia tetap berwaspada terhadap ancaman yang menantinya dalam proses kelayakan. 

"Tahap Sukan Olimpik dan Sukan SEA amat jauh bezanya. 

"Saya perlu melihat kepada satu persatu peringkat, misalnya Sukan Asia. 

"Oleh kerana kategori saya tidak dipertandingkan, tidak salah untuk saya cuba untuk layak (menerusi tiket 67kg)," katanya. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen