Pelayaran tambah dua wakil ke Tokyo

Oleh Penulis Jemputan 21 Disember 2019 53
Pelayaran tambah dua wakil ke Tokyo
Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Lalmali menjadi wakil terbaru negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 daripada kelompok sukan pelayaran.

Gandingan itu mengikut jejak langkah Khairulnizam Afendy dan Nur Shazrin Mohd Latif untuk ke Jepun tahun depan.

Mereka layak secara merit ke temasya itu selepas cemerlang dalam Kejohanan Pelayaran Asia di Shenzen, China.

Beraksi dalam saingan kelas 470, Nuraisyah dan Juni menamatkan saingan di kedudukan kelima di belakang empat wakil China.

Tetapi dalam kelompok wakil yang belum layak ke Olimpik dalam acara ini, mereka berada di kedudukan pertama mengatasi wakil Singapura dan Thailand.

"Kami telah berdepan saingan sengit daripada wakil Singapura dan bersyukur kerana berjaya memastikan slot ke Sukan Olimpik tahun depan," kata Nuraisyah.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen