Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy, memilih Tenerife, Sepanyol sebagai venue latihan menjelang Sukan Olimpik Tokyo ekoran tiupan angin kencang dan pergolakan arus yang kuat.

Atlet berusia 28 tahun antara empat pelayar negara yang sudah layak ke Sukan Olimpik Tokyo, Tenerife menjadi tumpuan pelayar terbaik dunia berlatih termasuk mereka yang sudah layak ke Olimpik.

Tokyo akan jadi Sukan Olimpik kedua Khairulnizam selepas meraih tangga ke-35 pada Rio 2016.

Tiga lagi pelayar negara yang turut layak ke Tokyo ialah Nurshazrin Mohd Latif dalam acara laser radial sementara Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (international 470).