Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan Program Road to Tokyo menjelang Sukan Olimpik, Julai depan tetap akan berjalan lancar di sebalik perubahan kerajaan yang dijangka akan menjejaskan pucuk pimpinan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut Ketua Pengrah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, program itu tidak akan terjejas dengan pergolakan politik negara.

Dana sebanyak RM22-5 juta sudah diluluskan, sekali gus memberi jaminan buat kesemua sembilan persatuan kebangsaan untuk meneruskan fokus mereka terhadap misi membanti atlet melepasi had kelayakan ke temasya itu.

"Semua yang terlibat dengan program ini sudah pasti menleyakkan harapan yang tinggi dan kami perlu memberikan sokongan.

"Perbezaan sasaran dan sebagainya tidak penting kerana misinya masih kekal untuk memastikan Malaysia memperoleh pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik," katanya.

Ketika ini, seramai 10 orang atlet sudah layak ke Tokyo dengan jaguh berbasikal trek, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, hanya menunggu masa untuk disahkan penyertaan ke temasya itu.