Thomas Bach menjelaskan pembatalan Tokyo 2020 tidak termasuk dalam agenda, namun Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sedang mengkaji semula senario yang berbeza untuk temasya akan datang.

Walaupun majoriti sukan di seluruh dunia telah digantung kerana pandemik Covid-19, penganjur Sukan Olimpik kekal tegas akan berlangsung 24 Julai ini seperti yang dijadualkan.

Jepun dijangka antara negara yang paling terjejas dengan COVID-19 kerana kedekatannya negara mereka dengan China, di mana virus itu mula menular.

Bagaimanapun, daripada 209,839 kes jangkitan yang telah disahkan positif oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), hanya 873 hadir di Jepun dan 29 orang telah disahkan meninggal dunia.

Presiden IOC, Bach, percaya ia masih lagi relevan Sukan Olimpik diteruskan.

"Kami telah meletakkan pembatalan temasya sebagai salah satu agenda kami," katanya ketika ditemu bual New York Times. "Kami komited untuk menjayakan temasya ini.

"Kami masih belum mengetahui situasi pada hari kejadian, semestinya kami masih lagi berusaha mendapatkan senario yang berbeza.

"Apa yang menjadikan krisis ini begitu unik adalah ia sukar untuk diatasi. Tiada siapa yang mampu memberitahu perkembangan untuk hari esok, apa yang bakal berlaku dalam tempoh sebulan, empat bulan akan datang."
Bach menegaskan kesihatan buat mereka yang terlibat dengan Tokyo 2020 harus menjadi keutamaan atas apa-apa kepentingan kewangan apabila ia datang untuk membuat keputusan mengenai acara tersebut.