Atlet program Road To Tokyo dijangka dapat lampu hijau kembali berlatih mengikut Prosedur Pperasi Standard (SOP), 1 Jun ini selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menghadiri mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).

KBS sudah membentangkan cadangan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) mengenai SOP perlu dipatuhi atlet untuk kembali berlatih.

Antara cadangan ialah penjarakan sosial, ujian pemeriksaan dan kluster tempat latihan.

Turut dibincangkan mengenai kelonggaran rakyat Malaysia menjalankan aktiviti riadah seperti berjalan atau berjogging selepas enam minggu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kami sedang berusaha untuk membuat pelan baru bagi atlet-atlet negara kembali menjadi latihan. Banyak perkara yang harus dipatuhi dan mengikuti SOP yang ditetapkan," kata Fayhsal.

Beberapa negara seperti Australia, Belgium dan Greece sudah membenarkan aktiviti riadah tetapi perlu mengikut SOP.