Skuad angkat berat negara yang diketuai Aznil Bidin tiba di tanah air selepas meraih pingat satu perak dan dua gangsa dalam Kejohanan Solidariti Antarabangsa di Uzbekistan, kelmarin, selaku kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Aznil yang menyertai kejayaan itu di samping Edry Hidayat memungut mata berharga bagi kelayakan Sukan Olimpik.

Bagaimanapun, dia masih belum dapat menjamin tempatnya ke temasya TOkyo 2020 kerana berada di kedudukan ke-40 kategori 61kg tatkala hanya 14 atlet terbaik akan terpilih.

Ranking itu belum termasuk kejohanan di Uzbekistan yang dijangka akan keluar dalam tempoh seminggu lagi dan dia dijangka akan mengisi slot 20 hingga 30 terbaik dunia.

Dia berdepan cabaran getir, iaitu kelayakan terakhir Kejohanan Angkat Berat di Republik Nauru, April depan, dengan syarat meraih emas bagi mencerahkan peluangnya.

Ikuti perkembangan selanjutnya dalam Nadi Arena edisi berikutnya

Editor: Shaiful Shamsudin



Editor: Shaiful Shamsudin