Liu Ying idam tubuh akademi badminton, Azizul mahu rumah baharu

Oleh Staff Writer 9 Oktober 2016 5
Liu Ying idam tubuh akademi badminton, Azizul mahu rumah baharu

Beberapa atlet Olimpik sudah merancang apa yang akan dilakukan dengan habuan lumayan untuk menjamin masa depan mereka.

Selain menyimpan, ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) membantu mereka mencapai sesuatu yang diidamkan sejak sekian lama.

Pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying, membuktikan rasa cintanya terhadap sukan badminton apabila berniat menubuhkan akademinya sendiri.

"Setakat ini, saya tidak fikir banyak tetapi fokus saya masih menjurus ke arah badminton. Jika berpeluang, saya mahu membuka akademi badminton saya sendiri.

"Jika ada bantuan daripada kerajaan dan syarikat swasta, saya akan melakukannya," jelas Liu Ying.

Azizulhasni pula merancang untuk memiliki sebuah rumah di Lembah Klang.

"Insya-Allah saya mahu memiliki sebuah rumah di kawasan Kuala Lumpur," ujarnya.

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, yang kini menempuh kehidupan berkeluarga, mahu menggunakan habuan tersebut sebaik mungkin demi masa depan anaknya.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen