Bolt dianugerahkan Atlet Lelaki Terbaik IAAF buat kali keenam

Oleh Staff Writer 3 Disember 2016 4
Bolt dianugerahkan Atlet Lelaki Terbaik  IAAF buat kali keenam

Usain Bolt telah dinamakan sebagai Atlet Lelaki Terbaik IAAF susulan kejayaannya meraih 'triple-triple' di Sukan Olimpik Rio 2016 manakala atlet Habsyah, Almaz Ayana, mengungguli kategori wanita.

Bolt menjadi pelari pecut pertama dalam sejarah untuk memenangi pingat emas dalam acara 100 meter, 200m dan 4x100m dalam edisi ketiga berturut-turut Sukan Olimpik, sekaligus mengesahkan statusnya sebagai atlet terbaik dalam sejarah.

Atlet Jamaica itu yang dijangka bersara selepas Kejohanan Dunia di London tahun hadapan, turut melakar rekod baru apabila muncul pemenang anugerah tersebut buat kali keenam selepas menewaskan Mo Farah dan Wayde van Niekerk.

Selepas pengumuman tersebut, atlet berusia 30 tahun itu memuat naik status di Instagram: "Thank you all!!!! Honoured to be your @iaaf Athlete of the Year for the sixth time #Blessed #Humbled."

Bolt turut memuat naik status di laman Twitternya: "Salute to all the nominees for the @iaaf Athlete of the Year award. To all the athletes out there keep working hard & believing in all your dreams."

Tweet 8

Tweet 9

Sementara itu, Ayana menjadi atlet wanita ketiga dari Habsyah selepas Genzebe Dibaba dan Meseret Defar yang berjaya merangkul anugerah itu selepas meraih pingat emas dalam acara 10,000m serta pingat gangsa dalam acara 5,000m di Rio.

Dia turut melakar rekod dunia dalam acara 10,000m dengan catatan masa 29 minit 17.45 saat.

Anugerah Atlet Lelaki Harapan menjadi milik Andre De Grasse selepas berjaya menaiki podium dalam acara 100m, 200m dan 4x100m sementara kategori wanita diungguli Nafissatou Thiam selepas meraih pingat emas dalam acara heptathlon di Rio.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen